Thursday, 4 September 2014

Pembangunan Modal Insan Terhadap Masyarakat Sabah


Pembangunan modal insan amat penting terhadap pelbagai aspek dalam
membangunkan sesebuah Negara.Sektor pelancongan juga penting dalam
pembangunan masyarakat luar bandar. Jika dahulu masyarakat luar bandar
banyak yang terpinggir, namun kini masyarakat luar bandar semakin maju
untuk meningkat taraf hidup mereka. Pihak kerajaan juga turut memainkan
peranan dalam memajukan kawasan pelancongan di luar bandar. Dalam misi
nasional untuk mencapai status negara maju 2020 juga menitikberatkan
pembangunan dalam sektor pelancongan.
Pembangunan pelancongan mustahak kerana dapat mengekalkan ciri-ciri asli
semula jadi bagi diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu ia juga dapat
meluaskan lagi aktiviti sosial antara luar bandar dan Bandar.
Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang
lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut
memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Daripada sebuah
pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti
penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur


Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.

           
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020  . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep  1Malaysia.