Malaysia adalah sebuah negara yang
penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang
tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi ,
tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum
Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat
kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga
dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli
. Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang
mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang
terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti
bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang
berdaulat.
Malaysia seperti negara lain yang ingin
mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan
2020 . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan
semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar
Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan
Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi
, menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama
bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment