Thursday, 16 October 2014

Peranan NAM

Latar Belakang
 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
 Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
 Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
 Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
 NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka).
 Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
  1.  Hormati integri kawasan;
  2. Saling tidak menceroboh antara Negara;
  3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
  4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
  5. Mewujudkan keamanan.
 Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Tujuan Penubuhan Nam
  • Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
  • Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
  • Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
  • Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
  • Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati
     
    .
     Negara-Negara Anggota
    • Afghanistan
    • Algeria
    • Angola
    • Bahamas
    • Bahrain
    • Bangladesh
    • Barbados
    • Belarus
    • Belize
    • Benin
    • Bhutan
    • Bolivia
    • Botswana
    • Brunei Darussalam
    • Burkina Faso
    • Burundi
    • Cambodia
    • Cameroon
    • Cape Verde
    • Central African republic
    • Chad
    • Chile
    • Colombia
    • Comoros
    • Congo
    • Cote d’
    • Cuba
    • Democratic People’s Republic of Korea
    • Democratic Republic of Congo
    • Djibouti
    • Dominican Republic
    • Ecuador
    • Egypt
    • Equatorial Guinea
    • Eritrea


    Organisasi Dan Struktur NAM
    Negara-negara Berkecuali mendapati akan berlaku kemusnahan terhadap Pergerakan ini sekiranya mereka membina atau menstruktur semula Pergerakan secara formal seperti pindaan Perlembagaan atau Piagam dan Sekretariat dalaman.
    Perkara ini pernah dibentangkan berkenaan penglibatan dua atau lebih pihak yang dibuat oleh Negara-negara anggota. Namun ia sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan ideologi dan matlamat yang dianggap tidak boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang rasional bagi melaksanakan polisi negara agar diterima umum.
    Sidang Kemuncak Nam
    • Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
    • Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
    • Persidangan ke–tiga  – Lusaka, 8-10 September 1970
    • Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
    • Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
    • Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
    • Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
    • Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
    • Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
    • Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
    • Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
    • Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
    • Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

Isu-Isu Keprihatinan Negara

Pengenalan

 Asal Kementerian ini bermula sebelum kemerdekaan negara ini dalam tahun 1957. Penubuhan Kementerian Luar Malaysia telah dimulakan setahun sebelum kemerdekaan untuk melatih sekumpulan sebelas diplomat untuk menggerak misi diplomatik luar negara. Kumpulan ini telah dilatih di Britain dan Australia. Kementerian ini mengikut model Pejabat Luar Negeri British. Pada mulana, hanya tiga pegawai yang membahagikan dunia ini kepada tiga bahagian mengikut tanggungjawab geografi individu mereka

Objektif


Melaksanakan dasar luar negara merupakan tugas yang rumit dan mencabar. Dengan persekitaran politik dunia yang dinamik, Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan mampu bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi sewajarnya manakala pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa.
Kementerian akan menyelaras dan bekerja rapat dengan Kementerian dan Agensi yang berkaitan untuk mewujudkan bidang tugas yang boleh dilaksanakan dalam melaksanakan kepentingan negara Malaysia dan untuk menyelaras strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara.
Dalam merumuskan dasar luar negara, setiap negara mempunyai matlamatnya sendiri. Dasar luar negara Malaysia adalah mudah, iaitu mencari apa yang penting kepada negara di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Malaysia akan berusaha memastikan bahawa Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam hubungan antarabangsa demi manfaat negara. Dalam usaha mencapai objektif dasar luar negara Malaysia, perkara berkut diberikan penekanan:
•Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi dan sistem politik;
•Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa;
•Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya dengan ASEAN dan negara serantau yang lain;
•Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan dan mengambil pendekatan menyelesaikan konflik;
•Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh selaku Pengerusi ASEAN, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) (sebagaimana yang kita lakukan beberapa tahun lalu);
•Melibatkan diri secara gigih dan penuh bermakna dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta menjunjung undang-undang antarabangsa; dan
•Mengangkat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang bertoleransi dan progresif


Hubungan Dua Hala

Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi keutamaan. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih belum terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut. Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua hala.
Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia telah menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian 105 perwakilan diplomatik di serata dunia – bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan negara.
Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.
Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin tentang ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik Palestin–Israel yang terus menemui jalan buntu. [Sebagai menunjukkan keprihatinannya, Malaysia hanya akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabila perjanjian damai yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestin berjaya dimuktamadkan.] Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk produk dan sumber pelaburan di negara kita

Pembangunan Negara

Proses pembangunan negara telah mengalami beberapa perubahan daripada pembangunan pertanian pada mulanya diikuti dengan pembangunan perindustrian dan sekarang dengan teknologi maklumat. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu bidang yang penting yang harus dikuasai dan diharungi agar kita tidak ketinggalan terutama dalam mencapai Wawasan 2020 yang salah satu daripadanya iaitu cabaran keenam untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Cabaran ini juga berkaitrapat dengan cabaran kesembilan iaitu untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Ini selari dengan perkembangan ICT terkini yang semuanya dipengaruhi oleh konsep K-iaitu Knowledge yang memberi fokus baru kepada maklumat, teknologi dan pembelajaran di dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang ekonomi :K-Economy, bidang pembangunan modal insan :K-Workers dan dalam bidang pengurusan :K-Management

Menjana pembangunan negara bermaksud segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh, terancang dan menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan penduduk dan kemakmuran negara tercapai.Hal ini bermakna pembangunan yang dirancang perlu mencakupi pelbagai aspek termasuk politik,ekonomi dan sosial.Walau bagaimanapun ketiga-tiga faktor ini saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
Sesebuah negara tidak akan membangun dan maju seandainya berada dalam keadaan huru-hara dan keadaan politiknya tidak stabil.Krisis dan konflik kaum dan etnik di Iraq dan Sudan ialah contoh yang jelas.Dalam keadaan seperti ini,pemerintah terpaksa memberi tumpuan kepada aspek-aspek keselamatan dan perpaduan pendudukKeadaan politik yang tidak stabil juga akan menjadikan negara berada dalam suatu persimpangan yang tidak menentu masa depannya.Pelabur-pelabur luar akan tertanya-tanya tentang golongan manakah yang akan berkuasa dan apakah dasar luar negara sekiranya pemerintahan bertukar tangan? Sekiranya pemerintahan sering bertukar tangan sudah tentu dasar dalam negara dan luar negara akan turut berubah.Hal inilah yang akan ditakuti oleh pelabur asing.Mereka akan menarik keluar pelaburan mereka untuk melabur di negara yang diyakini kestabilan politiknya.Seandainya perkara sedemikian berlaku,ekonomi negara akan turut terjejas.
Matlamat pembangunan negara tidak akan terlaksana jika keamanan negara tidak akan terjamin.Kehidupan yang harmoni dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjamin keselesaan bahkan berjaya menarik dan meyakinkan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.Perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum juga perlu dipupuk dan dipertahankan.Perpaduan hanya wujud melalui permuafakatan,keikhlasan,tolak-ansur dan hormat-menghormati tanpa prejudis antara satu sama lain.
Faktor ekonomi juga amat penting bagi menjana pembangunan sesebuah negara.Selain pengurusan sumber asli kekayaan negara(minyak,logam dan hasil perhutanan)yang baik dan berkesan,kita juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi dirancang dengan rapi supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.Malaysia perlu melonjakkan kemampuan dan berubah daripada menjadi negara pengguna kepada negara pengeluar.Untuk itu,kita perlu memiliki dan menguasai pelbagai teknologi moden termasuk teknologi maklumat dan komunikasi.Sektor ekonomi yang perlu dibangun dan dimajukan termasuk sektor pembuatan,pertanian dan perkhidmatan.Kita perlu mempelbagaikan pengeluaran negara bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi dunia.Penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perindustrian dan pertanian hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.Dengan ini kita mampu berdaya saing dengan produk luar negara.Dalam konteks ini kerajaan perlu menyediakan kemudahan dan kelengkapan infrastruktur serta memberi pelbagai intensif kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bagi memacu pembangunan ekonomi negara.
Aspek sosial khususnya pendidikan dan pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang amat penting dalam menjana pembangunan negara.Pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berasaskan sains dan teknologi perlu diberi keutamaan dan menjadi agenda utama dalam kurikulum pendidikan di negara kita.
Sumber manusia yang berkualiti,berwibawa dan cemerlang mampu menjana pembangunan negara.Bagi memastikan tenaga kerja yang dibekalkan dalam pasaran pekerjaan berkualiti dan memenuhi kehendak majikan,peluang menuntut ilmu perlu diperluas.Selain memperbanyakkan bilangan institusi pengajian tinggi,bilangan kolej komuniti dan pusat latihan kemahiran perlu ditambah.Kemudahan bagi pekerja melanjutkan pelajaran perlu diberi kelonggaran dan pembelajaran sepanjang hayat hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.Institusi pengajian tinggi perlu menjadi tempat pelajar membina minda dan intelektualisme serta mengembangkan bakat inovasi dan kreativiti.
Usaha-usaha yang dirancang perlu mendapat kerjasama dan penggemblengan tenaga serta sokongan semua pihak bagi memastikan kejayaan dalam setiap pelaksanaan perancangan.Hasrat untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020 hanya boleh menjadi realiti sekiranya segala cabaran dapat ditangani secara berkesan

Kemasyarakatan dan Perpaduan

Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.
Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.
Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubungan antara kaum menjadi semakin minima.
(pmr.penerangan.gov.my)
Jelas daripada penyataan di atas menunjukkan bahawa masyarakat majmuk yang lahir di negara kita ini datang daripada pelbagai aspek seperti penjajahan,kemasukan buruh dan penduduk asal negara itu sendiri. Masyarakat majmuk yang ada pada masa dahulu membentuk kemasyarakatan yang ada pada masa kini yang berkongsi perlembagaan, kebudayaan, adat resam, agama dan lain-lain dalam satu negara Malaysia.
Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.
Hasil daripada definisi perpaduan yang diperoleh jelas menunjukkkan bahawa perpaduan ini merupakan satu bentuk ikatan kerjasama ataupn penyatuan sesuatu individu atau kelompok dengan yang lain di dalam suatu masyarakat. Perpaduan adalah pandu ukur yang sangat penting sekali dalam membentuk suatu masyarakat dalam sesebuah negara mahupun serata dunia yang berkongsi budaya, adat resam, agama, bahasa dan lainnya.
Perpaduan merupakan satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Usaha untuk mencapai perpaduan bukan satu tindakan yang mudah untuk dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara. Ia sering dilanda oleh pelbagai masalah yang berpunca dari tiga sumber iaitu pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan bangsa, wilayah-wilayah dalam sesebuah negara sering berpecah dan membentuk sebuah negara baru., serta tiada persefahaman rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa. Masalah menjadi semakin serius apabila terdapat perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat resam.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan golongan etnik yang mepunyai ciri-ciri dan identiti yang berbeza. Sifat utama bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang masih kukuh kepada peranan tradisional mereka dan memegang teguh keapada nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan sesuatu kaum itu sendiri merupakan masalah utama kepada sistem perpaduan di Malaysia.
Masalah perpaduan kaum yang paling ketara dan masih diingati sehingga kini ialah Peristiwa 13 Mei 1969. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Usaha Membentuk Perpaduan
Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan

Politik

Sosial

Ekonomi

· Integrasi politik
· Integrasi kebudayaan
· Integrasi sosial
· Integrasi pendidikan
· Integrasi wilayah
· Integrasi ekonomi
Memperkenalkan Rukun Negara.
Idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Penyusunan semula masyarakat selari dengan objektif Dasar Ekonomi Baru
Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:
1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.
Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum.
Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:
1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.
Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum.
Pendidikan membentuk perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Sistem Demokrasi Berpalimen

Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
mizan3
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakya

Badan Pentadbiran dan Kehakiman Negara

Badan Perundangan( Legislatif)

Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.
Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi. Badan perundangan yang memiliki hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan. Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Tugas, kuasa, dan kaedah yang digunakan untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua dewan tersebut. Badan perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud semasa tahun-tahun kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan.
Dalam kebanyakan sistem berparlimen, Dewan Rakyat ialah dewan yang lebih berkuasa, manakala Dewan Pertuanan hanya merupakan dewan penasihat atau kajian semula. Bagaimanapun, dalam sistem berpresiden, kuasa kedua-dua dewan seringnya adalah serupa atau sama. Dalam persekutuan, Dewan Pertuanan biasanya mewakili negeri-negeri komponen, dengan keadaan yang sama diamalkan oleh dewan perundangan supranasional di Kesatuan Eropah. Bagi tujuan ini, anggota Dewan Pertuanan:

Pembangunan Modal Insan Terhadap Masyarakat Sabah


Pembangunan modal insan amat penting terhadap pelbagai aspek dalam
membangunkan sesebuah Negara.Sektor pelancongan juga penting dalam
pembangunan masyarakat luar bandar. Jika dahulu masyarakat luar bandar
banyak yang terpinggir, namun kini masyarakat luar bandar semakin maju
untuk meningkat taraf hidup mereka. Pihak kerajaan juga turut memainkan
peranan dalam memajukan kawasan pelancongan di luar bandar. Dalam misi
nasional untuk mencapai status negara maju 2020 juga menitikberatkan
pembangunan dalam sektor pelancongan.
Pembangunan pelancongan mustahak kerana dapat mengekalkan ciri-ciri asli
semula jadi bagi diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu ia juga dapat
meluaskan lagi aktiviti sosial antara luar bandar dan Bandar.
Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang
lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut
memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Daripada sebuah
pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti
penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur