Thursday, 16 October 2014

Isu-Isu Keprihatinan Negara

Pengenalan

 Asal Kementerian ini bermula sebelum kemerdekaan negara ini dalam tahun 1957. Penubuhan Kementerian Luar Malaysia telah dimulakan setahun sebelum kemerdekaan untuk melatih sekumpulan sebelas diplomat untuk menggerak misi diplomatik luar negara. Kumpulan ini telah dilatih di Britain dan Australia. Kementerian ini mengikut model Pejabat Luar Negeri British. Pada mulana, hanya tiga pegawai yang membahagikan dunia ini kepada tiga bahagian mengikut tanggungjawab geografi individu mereka

Objektif


Melaksanakan dasar luar negara merupakan tugas yang rumit dan mencabar. Dengan persekitaran politik dunia yang dinamik, Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan mampu bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi sewajarnya manakala pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa.
Kementerian akan menyelaras dan bekerja rapat dengan Kementerian dan Agensi yang berkaitan untuk mewujudkan bidang tugas yang boleh dilaksanakan dalam melaksanakan kepentingan negara Malaysia dan untuk menyelaras strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara.
Dalam merumuskan dasar luar negara, setiap negara mempunyai matlamatnya sendiri. Dasar luar negara Malaysia adalah mudah, iaitu mencari apa yang penting kepada negara di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Malaysia akan berusaha memastikan bahawa Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam hubungan antarabangsa demi manfaat negara. Dalam usaha mencapai objektif dasar luar negara Malaysia, perkara berkut diberikan penekanan:
•Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi dan sistem politik;
•Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa;
•Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya dengan ASEAN dan negara serantau yang lain;
•Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan dan mengambil pendekatan menyelesaikan konflik;
•Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh selaku Pengerusi ASEAN, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) (sebagaimana yang kita lakukan beberapa tahun lalu);
•Melibatkan diri secara gigih dan penuh bermakna dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta menjunjung undang-undang antarabangsa; dan
•Mengangkat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang bertoleransi dan progresif


Hubungan Dua Hala

Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi keutamaan. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih belum terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut. Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua hala.
Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia telah menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian 105 perwakilan diplomatik di serata dunia – bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan negara.
Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.
Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin tentang ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik Palestin–Israel yang terus menemui jalan buntu. [Sebagai menunjukkan keprihatinannya, Malaysia hanya akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabila perjanjian damai yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestin berjaya dimuktamadkan.] Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk produk dan sumber pelaburan di negara kita

No comments:

Post a Comment