Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem
ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian
kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara
yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang
telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh
Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan
negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat
orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah
menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan
menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri.

Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah
Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang
jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong
diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam
masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang
kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan
Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum
permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat
dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan
perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan
terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari
tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini,
Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh
pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk
Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat
pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh
pembubarannya
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara
3. Dewan Rakya
No comments:
Post a Comment